..::DEDIKASI UNTUK ANAK BANGSA::..

Syeikh Mohd Nayel ke rahmatullah

Al-Marhum Asy-Syeikh Muhammad Nayel

Pada hari Rabu 3.2.2010 yang lalu, Asy-Syeikh Muhammad Nayel, bekas dekan Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar telah kembali ke rahmatullah. Asy-Syeikh adalah salah seorang perintis awal jemaah Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Iman Hasan Al-Banna dan pernah menganggotai Maktab Irsyad (AJK Pusat) Ikhwan Muslimin.

Terakhir dikemaskini ( Sabtu, 06 Februari 2010 23:52 )

Baca Lagi...

 

Majalah Herald setuju henti guna kalimah

Penerbit sedar tanggungjawab jaga keamanan negara

Sumber : Berita Harian.


KUALA LUMPUR: Mulai Ahad lalu, Herald-The Catholic Weekly tidak lagi menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya bagi meredakan perasaan marah umat Islam terhadap keputusan Mahkamah Tinggi 31 Disember lalu yang mengisytiharkan kalimah Allah bukan eksklusif kepada Islam saja.

Editor majalah itu, Reverend Lawrence Andrew, berkata keputusan itu dibuat pada 4 Januari lalu, didorong atas rasa tanggungjawab untuk menjamin keamanan negara dan kesejahteraan serta keharmonian rakyat berbilang bangsa.

"Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara ini, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk membuat keputusan itu. Walaupun sedih dengan apa yang berlaku kebelakangan ini (tindakan membakar gereja), saya berasa tindakan kami boleh membantu untuk mengurangkan ketegangan dalam negara.

"Keputusan itu juga dengan mengambil kira sebarang huru hara boleh mengakibatkan rakyat terutama di kalangan miskin menanggung beban, selain menjejaskan ekonomi negara apabila pelabur bertindak untuk tidak meneruskan urus niaga mereka di sini," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Isu penggunaan kalimah Allah menimbulkan kemarahan umat Islam apabila Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Lau Bee Lan membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Ketua Biskop Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam untuk menggunakan kalimah Allah dalam Herald-The Catholic Weekly.

Terakhir dikemaskini ( Selasa, 12 Januari 2010 14:52 )

Baca Lagi...

 

Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah - Haron Din

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

BANGI: Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.

"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 08 Januari 2010 22:45 )

Baca Lagi...

 

PENYELEWENGAN TAUHID DAN KALIMAH ALLAH

Kamus Dewan Bahasa, kamus paling autoritatif mengenai bahasa Melayu menyatakan dengan jelas bahawa perkataan ALLAH bermaksud Tuhan Yang Satu dalam Bahasa Melayu. Manakala The Hutchinson Encyclopedia hlm 27 menjelaskan perkataan ALLAH ditafsirkan sebagai, “ALLAH: Islamic name for God”. Penjelasan yang sama boleh didapati jika kita merujuk kepada Encycopedia Brittanica, Wikipedia dan lain-lain sumber. Kesimpulannya, jelas bagi kita bahawa nama ALLAH dikaitkan dengan Tuhan Yang Satu, Tuhan umat Islam. Ia nyata amat berbeza dengan maksud ‘Eli atau Yehowah’ dalam konsep ketuhanan Kristian dan Yahudi.

Dari sudut bahasa apa sekalipun, kalimah ALLAH adalah kata nama khas. Ia merujuk kepada Tuhan Sebenar yang diseru oleh Nabi kita Muhammad SAW untuk beriman denganNya. Tanpa menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu pun. Ajaran ini selaras dengan seruan para Rasul terdahulu. Pendek kata, semua Para Anbiya AS menyeru kepada akidah mentauhidkan Allah SWT. Iaitu mengesakan Allah pada Dzat, Sifat, Af”al dan Asma’nya. Oleh kerana prinsip ini dibawa Nabi kita Muhammad SAW, maka kalimah ini menggambarkan intipati Ketuhanan yang jelas secara eksklusif milik Islam itu sendiri. Ia bukan milik sesiapa pun, samada Muslim atau kafir, baik manusia atau mana-mana makhluk di alam ini.

Hakikat ini dijelaskan sendiri oleh Allah SWT di dalam Al-Qur’an bermaksud : “Katakan Muhammad bahawa ALLAH itu Esa, Ia tempat tumpuan segalaNya (berdiri sendiri, tidak bergantung dengan sesiapa). Dia tidak beranak. Dan tidak pula diperanakkan. Dan ALLAH itu tidak sekufu/setara/serupa dengan segala sesuatu” (Al Ikhlas: 1-4).

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 08 Januari 2010 22:40 )

Baca Lagi...

 

Beza Antara Rebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah

Banyak pihak mendesak saya memberikan pandangan tentang penggunaan nama Allah oleh agama lain khususnya agama Kristian di Malaysia ini.  Pada awalnya, saya selalu mengelak, cuma memberikan pandangan ringkas dengan berkata, "Isu ini bukan isu nas Islam, ianya lebih bersifat pentadbiran atau tempatan."

Peraturan ini mungkin atas alasan-alasan setempat seperti kenapa sekarang baru ditimbulkan isu ini?  Kenapa hanya Bible dalam bahasa Melayu sahaja yang hendak menggunakan panggilan Allah, tidak pula edisi Inggerisnya?  Adakah di sana ada agenda tersembunyi?  Maka wujudnya tanda soal dan beberapa prasangka yang mungkin ada asasnya.  Maka lahirlah kebimbangan terhadap kesan yang bakal timbul dari isu itu nanti.

Namun, akhir-akhir ini saya terus didesak.  Saya kata, jika anda hendak tahu pendirian Islam bukanlah dengan falsafah-falsafah tentang akar bahasa itu dan ini yang diutamakan.  Rujuk terdahulu apa kata al-Quran dan al-Sunnah.  Lepas itu kita bincang hukum berkenaan bertitik tolak dari kedua sumber tersebut.

Kadang-kala kesilapan kita dalam mempertahankan perkara yang tidak begitu penting, boleh melupakan kita kepada isu yang lebih penting.  Isu yang terpenting bagi saya adalah kefahaman mengenai keadilan dan kerahmatan Islam yang mesti sampai kepada setiap rakyat negara ini, muslim atau bukan muslim.  Supaya gambaran negatif yang salah terhadap Islam dapat dikikis dari minda mereka yang keliru.

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 08 Januari 2010 22:09 )

Baca Lagi...

 

Nama ALLAH dalam THE HERALD:

Keputusan Hakim Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang mengisytiharkan nama "Allah" boleh digunakan oleh agama lain mengundang pelbagai polemik sehingga kepada desakan campurtangan Majlis Raja-Raja.  Beberapa NGO termasuk tokoh Pemuda UMNO cuba menjadi hero dengan mengecam hebat keputusan tersebut sehingga menyindir parti-parti politik berasaskan agama yang mengambil langkah berdiam diri ketika ini.

Isu ini sebenarnya harus dilihat secara rasional, tanpa prejudis dan paling utama berdasarkan hujah dan dalil yang sahih serta Qath'ie.  Keputusan Mahkamah tersebut harus dinilai berdasarkan persoalan berikut:

Pertama: Apakah skop penggunaan nama Allah dalam THE HERALD?  Sekiranya nama Allah dalam artikel mingguan tersebut digunakan bagi tujuan menunjukkan bahawa ia merujuk kepada Tuhan sebenar manusia seluruh alam, maka kita perlu menerimanya.  Ia merupakan suatu pengiktirafan terhadap kewujudan ALlah SWT.  Bukankah Allah adalah Tuhan yang menurunkan Rahmat Seluruh Alam?  Ia menambahkuatkan lagi bahawa bukan Islam telah memahami Islam dan Tuhan orang Islam.

Kedua: Sekiranya ia merujuk hanya kepada Allah hanya Tuhan bagi agama mereka di samping kewujudan konsep "Trinity" di dalam THE HERALD dan ia disebar luaskan, maka ia telah termasuk dalam kesalahan penghinaan agama lain di mana Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Perkara 11(4) yang memberikan kuasa kepada negeri-negeri untuk menggubal undang-undang berkaitan penyebaran dakyah agama lain.

Dua persoalan ini sudah cukup untuk membuat analisa ringkas tentang keputusan Mahkamah tersebut.  Pada hemat saya, umat Islam negara ini perlu dipandu secara jujur dan ikhlas bahawa selagi Allah tidak dihina dan Islam dipijak, maka ruang lingkup perbahasan ilmiah perlu dibuka.  Bagi aktivis yang bermatian-matian "memperjuangkan" isu ini di dalam peti televisyen, saya menjemput anda semua melihat beberapa tragedi-tragedi Islam diputuskan di Mahkamah negara ini.

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 08 Januari 2010 21:51 )

Baca Lagi...

 

Penggunaan Kalimah Allah

Merujuk kepada rentetan pelbagai kontroversi berterusan yang masih wujud berhubung penggunaan kalimah "Allah" oleh pelbagai agama selain dari agama Islam di negara kita Malaysia sekarang ini, maka BIPPA PKR sukacita menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.

Kami berpendirian bahawa, keinginan rakyat bukan Islam menggunakan kalimah "Allah" sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang sangat positif dan perlu diterima secara terbuka dan berlapang dada.  Umat Islam di Malaysia tidak perlu menjadi gelisah dan "over react" dengan pelbagai andaian dan kemungkinan dengan fenomena yang dikata baharu ini.

Sesungguhnya, kami melihat bahawa fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani sejak dari azali lagi bahawa kesemua manusia memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmanya yang bermaksud:

"Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah..." (Al Quran, Az-Zumar (39):38).

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 08 Januari 2010 21:48 )

Baca Lagi...

 

KALIMAH ALLAH : BUKAN BERMAKNA ‘GOD’ SEMATA-MATA

Umum mengetahui, sensitiviti umat Islam amat tersentuh apabila kalimah Allah seakan dipermainkan. Kalimah Allah yang termaktub berulang kali di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah itu sesuatu yang tidak pernah dipertikaikan oleh umat Islam. Ia digelar sebagai ism al-zat iaitu kata nama yang melambangkan secara langsung zat Allah SWT yang Maha Agung.

Ibn Qayyim al-Jauziyyah mengatakan bahawa nama Allah itu bersifat menyeluruh. Oleh itu dengan nama tersebut disandarkan seluruh nama-nama-Nya (al-Asma’ al-Husna) yang lain. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-A‘raf ayat 180:

“Dan bagi Allah, nama-nama yang Maha Baik”.

Bagaimanapun, tidak dinafikan sesetengah agama juga mendakwa kalimah Allah sebagai panggilan kepada nama tuhan mereka. Hal ini bukanlah sesuatu yang baru dan mengejutkan di dalam agama Islam. Malah al-Qur’an sendiri pernah merakamkan konflik ini sebagai iktibar dan pengajaran buat umat Islam dan bukan Islam.

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 08 Januari 2010 21:36 )

Baca Lagi...

 

<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>

Muka 1 daripada 27

Log Masuk



Buku Pelawat

 

Kami amat berbesar hati
jika anda dapat meninggalkan
sedikit kata-kata di dalam
Buku Pelawat kami.
..:: TERIMA KASIH ::..

Pesanan Anda
captbokkhari  //resepirahsiaku.blogspot.com 
[1/7 
7:36]  

captbokkhari  salam, 
[1/7 
7:35]  

captbokkhari  salam, 
[1/7 
7:34]  

captbokkhari  salam, 
[1/7 
7:34]  

rosdi  Assalamualaikum.. Selamat Ulang Tahun Pertama www.pekdismersing.com. Mudah-mudahan laman ini akan terus hidup untuk menyemarakkan usaha dakwah melalui dunia maya. Tahniah dari saya http://intanbercahaya.blogspot.com 
[11/9 
7:11]  

Ust. Roslan  e-Ustaz SM Sultan Iskandar, Mersing di http://roslan2u.blogspot.com 
[10/23 
10:39]  

Ust. Roslan  e-Ustaz 
[10/23 
10:38]  

Ust. Roslan  Salam, sila ziarah ke laman blog e-Ustaz, SM Sains Sultan Iskandar, Mersing. Terima Kasih. 
[10/23 
10:37]  

puspa  salam 
[10/8 
13:08]  

rosdi  Temui saya dalam blog http://intanbercahaya.blogspot.com 
[10/8 
10:38]  

wannadzri  gambarnya lain. 
[9/12 
18:49]  

rosdi  Ust. Romi.. Lanjut di www.tokmalau.blogspot.com 
[9/8 
10:31]  

wannadzri  Siapa identiti Tok Malau? 
[9/6 
15:29]  

rosdi  Mersing tetap di hati... Tok Malau komputer dah ok lum? Kalau dah ok marilah post sesuatu kat sini... 
[8/19 
12:53]  

SuBHaSid  to ust wan: sekadar memanjangkan perbincangan yang telah diungkap....huhu 
[8/17 
15:57]  

SuBHaSid  syukran ust rosdi...jasa ustaz hanya Allah dapat membalasnya 
[8/17 
15:56]  

wannadzri  Tahniah kepada Ust.Suhaimi. Satu perbincangan yang menarik ttg Puasa Syaaban. 
[8/15 
8:17]  

wannadzri  Adakah ada unsur Syiah? Banyak forum membincangkan hal ini. 
[8/11 
18:52]  

wannadzri  Cukup dengan paparan doa sebelum ini. Lebih berkus kepada bala & wabak. 
[8/11 
18:51]  

wannadzri  Saya rasa doa H1N1 yang dipaparkan (Syeikh Ibn Ahmad At_tamimi) perlu diteliti secara ilmiah. Siapa beliau. Matan doanya tidak berfokus kpd wabak sebaliknya tawasul kpd individu tertentu.  
[8/11 
18:51]  

Kelajuan: ( 2 )   -  +    R  

Maaf, hanya untuk Pengguna Berdaftar sahaja.

Pintasan











Bicara Agama
  • Rahsia di sebalik kewajipan solat
    IBADAT solat difardukan ke atas setiap Muslim bagi menunjukkan kepatuhan penuh ikhlas seorang hamba terhadap pencipta-Nya Yang Maha Esa. Solat sebenarnya mempunyai seninya yang tersendiri di samping 1001 rahsia yang belum dirungkai sepenuhnya, kecuali kita mengetahuinya sebagai ibadat diwajibkan ke atas setiap umat Islam.
  • Ja'dah didik anak jadi pemurah
    JA'DAH binti Ubaid bin Tsalabah al-Anshariyah an-Najjariyah adalah ibu kepada seorang sahabat Nabi Muhammad. Anaknya bernama Harisah bin Nu'man adalah seorang sahabat yang terkenal.
  • Jogathon Maal Hijrah Kagat
    HARI Maal Hijrah atau Awal Muharam adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam seluruh dunia kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.
  • Henti forum untuk tunjuk hebat
    MEGA: Walaupun di Malaysia mengamalkan mazhab Imam Syafie, kita diharuskan bertaklid kepada mana-mana mazhab. Dalam perbincangan wahhabi ini, ia terletak dalam mazhab mana dan bolehkah ia disimpulkan sebagai sesat?
  • Masjid jadi Pusat Bahasa Arab
    SEDAR atau tidak, kita sebenarnya kerap menggunakan bahasa Arab dalam kehidupan sehari-hari. Cuma kita sahaja yang tidak perasan.
Statistik Portal
Members : 60
Kandungan : 225
Pautan Web : 33
Hit paparan Kandungan : 35993
Online
Kami ada 4 tetamu online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini63
mod_vvisit_counterSemalam122
mod_vvisit_counterMinggu Ini185
mod_vvisit_counterBulan Ini1048
mod_vvisit_counterJumlah19732