Segantang gandum makanan 1000 orang
Jabir r.a berkata, pada masa pertahanan Khandak, aku lihat Rasulullah s.a w dalam keadaan lapar sekali. Aku pun bertanya kepada isteriku, kalau ada apa-apa yang boleh di masak untuk Rasulullah.Kata isteriku, kita cuma ada segantang gandum dan seekor kambing sahaja”. Lalu aku pun menyembelih kambing itu sedangkan isteriku mengadun gandum untuk membuat roti.Setelah selesai aku pun pergi menjemput Rasulullah s.a.w dan beberapa orang sahabat. Mendengar jemputan ini, Rasulullah lalu menghebahkannya kepada semua tentera khandak.
Bilangan mereka hampir 1000 orang, sedangkan makanan yang Jabir sediakan hanya untuk beberapa orang sahaja. Jabir menjadi gelisah, tetapi sebelum pulang, Rasulullah telah berpesan kepada Jabir dengan katanya, Janganlah kamu turunkan kuali mu dan jangan kamu masak dahulu roti itu sebelum aku datang. Beberapa lama kemudian Rasulullah pun sampai. Aku dan isteriku merasa resah dan pasti malu di hadapan Rasulullah dengan makanan yang sedikit ini.
Maka aku pun mengeluarkan roti itu lalu diberkati oleh Rasulullah s.a.w, begitu juga dengan daging kambingnya. Rasulullah berkata kepada isteriku, dapatkanlah seorang tukang roti untuk membantu mu kemudian ceduklah kuah itu dari kualinya tetapi jangan sekali-kali menurunkan kuali itu dari tempatnya.Setelah siap lalu makanlah semua yang datang dengan secukupnya malahan mereka makan dengan kenyang.Aku ( Jabir ) bersumpah dengan nama Allah. Setelah mereka semua pulang kuali ku masih penuh seperti sedia kala begitu juga rotinya.
















