Assalamu a'laikum wrth. & Salam Mahabbah

Pembentukan imej diri bermula daripada penampilan lahiriah, seterusnya membawa kepada perubahan sikap yang sudah tentu banyak mempengaruhi imej seseorang manusia. Menjelang 2009 ini saya megajak rakan-rakan agar mengambil sedikit masa untuk melihat, bermuhasabah apa yang telah terbina dalam imej diri kita selama setahun ini. Apakah ilmu yang kita ada, dihayati sepenuhnya dan digarap dalam pentabiatan hayat.

TAHNIAH sekiranya kita berjaya berubah. TAHNIAH untuk diri kita kerana dengan kudrat yang ada, dengan kesedaran yang ada, imej GPI dijaga dan dibelai sebaiknya supaya tidak tercalar atau dicalar oleh kita sendiri. Setiap sesuatu yang kita lakukan sudah tentu ada cabarannya, terutama yang paling menghantui diri kita selama ini ialah SIKAP DIRI. Sikap dirilah penentu kepada kejayaan hidup, penentuan barakah Ilahi. Ada yang tidak mahu berubah, walaupun pada hakikat individu ini mengetahui bahawa apa yang dia lakukan adalah salah, boleh menjatuhkan imej diri sendiri sebagai GPI.

Kali ini, penulis ingin mengajak rakan-rakan membuat senarai semak apa yang telah kita lakukan, apakah perubahan yang telah dilalui dan hasilnya, apakah cabarannya dan apakah tindakan yang telah diambil bagi mengatasi cabaran tersebut. Kenalpasti isu strategik bagi mengatur strategi akan datang. Langkah pertama mengemudi hidup seterusnya ialah dengan mengenali diri serta isu konflik diri dan jemaah (GPI) yang mungkin timbul dalam diri kita.

Sebenarnya, walau di mana kita berada, walau apa kita buat, walau di mana medan kita, kita sebenarnya tidak boleh lepas daripada hakikat bahawa kita ini Guru Pendidikan Islam yang diasuh dan diterap dengan nilai agama yang tinggi. Cukup sedih sekirannya ada individu yang cuba lari.. lari daripada hakikat.. malu untuk mengaku sebagai GPI, melepaskan diri daripada tanggungjawab, lari daripada ketentuan Ilahi bahawa diri ini adalah berpendidikan agama. Sebenarnya kita dilantik kerana permohonan kita sendiri, berdasarkan opsyen kelulusan akademik dan ikhtisas.

Kenali diri. Siapakah diri kita, apakah kekuatan dan kelemahan kita, apakah potensi dan halangan-halangan yang kita hadapi.

IMEJ POSITIF

Membina imej positif adalah kunci membina kebahagian hidup. Apabila kita selesa dengan diri kita, orang sekeliling juga akan selesa dengan kita. Sebaliknya sekiranya kita bencikan diri kita, nescaya orang lain juga turut membenci diri kita. KIta juga turut akan membenci orang-orang di sekeliling kita. Bagaimana agaknya reaksi orang di sekeliling kita, apabila kita dalam keadaan begitu? Bayangkan sekiranya kita membayangkan diri kita sebagai orang yang tidak berguna, hanya menjadi beban kepada orang lain, ibarat melukut di tepi gantang yang hadirnya tidak memberi makna. ????? ??????

Jika kita berterusan dalam keadaan begitu,apakah akhirnya akan berlaku pada diri kita? JIka kita seorang guru di sekolah, apakah sumbangan yang mampu kita berikan kepada diri sendiri dan anak-anak didik selain mendapat gaji tetap setiap bulanan. Sekiranya kita sering meletakkan diri lambat menerima arahan, lambat melaksanakan tanggungjawab, tidak berupaya melakukan tugasan rutin atau tugasan yang diberikan oleh Pengetua / Guru Besar atau rakan seangkatan. Bagaimana nanti hubungan kita dengan Allah, hubungan dengan rakan, hubungan dengan murid, hubungan dengan majikan dan yang paling utama keyakinan kita pada diri sendiri. Membina imej diri yang positif adalah penting kerana ia memberikan keyakinan kepada diri seterusnya kepada orang di sekeliling kita.

LANGKAH MEMBINA IMEJ DIRI YANG POSITIF

  1. Hayati bahawa hakikat diri ini adalah makhluk Allah dengan ketaabudan tinggi kehadrat Ilahi.
  2. Terimalah diri anda secara seluruhnya.
  3. Bina sikap yang positif terhadap diri sendiri.
  4. Singkirkan fikiran yang negatif terhadap diri.
  5. Berpegang kepada beberapa kata semangat untuk menjadikan diri kita istimewa.
  6. Belajarlah untuk menerima dan memberi pujian serta penghargaan kepada orang lain.
  7. Selalulah berkata positif tentang diri sendiri.
  8. Beri pujian kepada diri sendiri.
  9. Jaga kesihatan diri.
  10. Bergaullah dengan orang yang mempunyai imej diri yang positif.
  11. Jangan pamerkan sikap diri yang buruk.
  12. Baca buku dan bahan-bahan bacaan yang boleh membina diri.
  13. Manfaatkan waktu yang ada, keratu waktu kita kian singkat.
  14. Selalulah beri gambaran yang positif tentang diri dan bukan perkara yang negatif.
  15. Kenangkan bahawa generasi yang kita bentuk hari ini menjadi penentu hala tuju generasi seterusnya. Sekali kita berjaya, kita akan terus berjaya. Sekali kita gagal, neraca Allah adalah penentu akhir.

JAUHI IMEJ NEGATIF

  1.  Rendah diri.
  2. Terlalu cemburu
  3. Bercakap perkara yang negatif mengenai diri.
  4. Tidak mahu memberi dan menerima penghargaan.
  5. Melihat penghargaan orang lain sebagai ancaman atau sindiran.
  6. Tidak mahu berubah selepas diberi penghargaan atau kenaikan pangkat. Walaupun kenaikan pangkat itu diberi bukan berdasarkan kelayakan sebenar tapi hanya untuk mendorong kita supaya berubah dan lebih bertanggungjawab.
  7. Terlalu banyak mengkritik orang lain.
  8. Tidak berkebolehan menerima dan meraikan kegembiraa.
  9. Sering membandingkan diri dengan orang lain (pandang rendah) tapi tidak pernahberfikir untuk meningkatan profesionalisma diri.
  10. Terlalu mengaharpkan bantuan orang.
  11. Tidak suka membina kemahiran sendiri.
  12. Bersifat salah faham erti WORK SMART & WORK HARD. (penulis akan mengulasnya dalam artikel akan datang)
Penulis mengalu-alukan komen dan ulasan rakan-rakan. Wassalam. #