Harian Metro 12/12/2008.

GURU Pendidikan Islam (GPI) diberi amanah mendidik generasi muda agar mantap pengetahuan agama selain penyelesai masalah generasi khususnya krisis sosial masa kini.

Cabaran Guru Pendidikan Islam (GPI) masa kini semakin mencabar dan mereka mesti berperanan lebih berkesan dengan meletak diri sebagai pendakwah yang dipilih Allah SWT.

Krisis sosial yang sering berlaku di kalangan generasi sekarang turut mengheret imej dan kerjaya perguruan GPI supaya tampil lebih hebat.

Amanah yang besar ini menyebabkan GPI mesti menambahkan ilmunya, memperhebatkan usaha serta menunjukkan keupayaan khususnya ketika mendidik dan mentarbiah pelajar.

Utamakan mutu pendidikan serta membuat inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dapat menerimanya secara berkesan sehingga boleh mengurangkan krisis sosial.

GPI perlu membuktikan bahawa mereka adalah ejen penyelesai masalah dan bukan pencetus masalah. #