JEJAK BARAKAH
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.
Penulis sebelum ini pernah menyebut tentang JEJAK BARAKAH PENDIDIKAN sejak akhir 2005. Konsep berkenaan juga pernah dibentangkan dalam Kursus Peningkatan Profesional Pengetua Negeri Johor dan juga Kursus Peningkatan Profesional Pegawai-Pegawai JPN dan PPD.
Apa yang ingin penulis garapkan ialah tentang nilai barakah yang perlu menjadi visi utama setiap tindakan dan pengurusan kehidupan manusia. Walau apapun yang kita lakukan, sekiranya barakah Ilahi tidak ada, nescaya semua pelan, tindakan kita adalah sia-sia. Tidak semua suka bercakap dan mendengar tentang nilai berkenaan, terutama bila terkena atas batang hidung sendiri. Penulis amat berharap agar hal ini sentiasa diperkatakan oleh GPI kerana nilai itu ada dalam diri kita.
Untuk perkongsian,rakan-rakan boleh muat turun bahan JEJAK BARAKAH untuk hebahan dan penambahbaikan. Yang penting berikan nafas baru. Terima kasih.



















