PERUT ANDA BUNCIT DAN BERANGIN?

 Perut buncit dan berangin . Kaki bengkak, dari betis ke bawah, sering mengalami stres ialah sejenis keradangan yang berlaku berpunca daripada stres yang berpanjangan. Kajian yang dijalankan di Sweden seperti yang dilaporkan dalam jurnal Obesity Research (2001) mendapati kaitan stres dengan pertambahan lemak pada abdomen. Peningkatan lemak di abdomen meningkatkan paras C-reactive protein iaitu sejenis penanda biologi (biological marker) bagi keradangan.                             

KESAN STRES YANG BERPANJANGAN

   Mengganggu pelbagai keseimbangan tungsi sistem tubuh termasuk hormon cortisol dirembes secara berlebihan. Dalam kehidupan seharian hormon cortisol ialah sejenis hormon yang dirembes oleh kelenjar adrenal cortex bagi menyediakan tubuh menghadapi stres supaya tenaga dapat dijana secukupnya oleh sel-sel.

 •  Perut puan berangin kerana usus mengalami kekejangan. Sistem penghadaman memerlukan Sistem Sarat Parasimpatetik untuk bertungsi secara sempurna. Ketika mengalami stres, pada kebanyakan masa Sistem Sarat Simpatetik mengambil alih lalu mengakibatkan perut dan usus menjadi kejang. Selain mengganggu pencernaan, kekejangan usus mengganggu keseimbangan koloni bakteria probiotik.  Ketidakseimbangan yang berlaku menyebabkan makanan tidak dapat dihadamkan dengan sempurna lalu menyebabkan keradangan.

 •  Pengawalan air oleh buah pinggang terganggu lalu mengakibatkan air disimpan secara berlebihan dalam tubuh. Untuk keterangan lanjut sila baca buku saya berjudul KAWAL BERAT BADAN.

 GAYA HIDUP

 •   Teruskan pola dan jenis diet yang puan amalkan

   Elakkan makanan-makanan yang menyebabkan atau menambah kekejangan usus termasuk beberapa jenis kacang, makanan bergoreng, teh, dan kopi.

   Ambil buah-buahan kaya dengan vitamin C

   Gunakan garam gunung Himalaya dalam masakan menggantikan mineral yang hilang. Mineral yang seimbang bantu fungsi sistem tubuh secara keseluruhan.

   Minum air 6 hingga 8 gelas sehari. Kekurangan air dikaitkan dengan peningkatan stres

 HERBA DAN SUPLEMEN

 • Tulasi (Holy Basil) 1 kapsul setiap kali, 3 kali sehari. Ia memiliki sifat adaptogenik, antikeradangan, antioksdian dan diuretik.

• Minyak hati ikan kod 1 sudu besar setiap kali, 2-3 kali sehari. la memiliki sifat antioksidan dan antikeradangan.

. Rebusan pegaga. Segenggam pegaga direbus dengan 6 cawan air hingga air berkurang kepada separuh. Minum 1 cawan setiap kali, 3 kali sehari. Ia menyumbang sifat adaptogenik dan antoksidan.

 . Vitamin B kompleks 1 tablet 1 kali sehari. Bantu sel menjana tenaga, detoksirikasi serta pulihara DNA dan sel.

 URUTAN

 Bahan minyak urutan:

 ·       10 titik minyak esen/pati Cajeput bersama 3 sudu besar minyak sawit.

·       Atau panaskan Vz cawan minyak sawit dengan suhu rendah dan tambah Vz batang serai yang dititik.

·       2-3 helai daun limau purut yang diramas. Urut abdomen lawan jam 30 pusingan, ikut jam 20 kali. Urut kedua-dua belah tapak kaki bahagian tengah hingga ke tumit. Lakukan urutan setiap malam 1 jam sebelum tidur.

 

 

Herbalis : Bahrin Samah RH (AHG)

VARIASI AROMATERAPI