Guru Pendidikan Islam atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz atau ustazah, sentiasa menjadi sasaran perhatian segenap kelompok masyarakat kerana peranan mereka yang vital dan indespensible dalam masyarakat. Namun terkadang kedengaran panggilan ustaz atau ustazah tersebut dengan beberapa gelaran lain seperti ustaz rock atau ustazah rock dan sebagainya. Mengapa wujudnya penjenamaan seperti ini? Seronokkah GPI mendengar gelaran-gelaran seperti ini atau sekadar mendiamkan diri sahaja?

Panggilan seperti ini timbul mungkin kerana masyarakat melihat kepada seseorang yang berpendidikan agama yang secara tradisinya bersifat warak, tawaduk, lebai atau 'kaki masjid' kini serba boleh, universal dan fleksibel. Bahkan terdapat segelintir 'ustaz' atau 'ustazah' yang terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral sebagaimana yang tersebar di media massa. Bak kata pepatah '..kerana nila setitik rosak susu sebelanga..'. Demikian situasi yang berlaku kini.

Pendek kata, ketidakupayaan segelintir guru Pendidikan Islam menunjukkan model dan teladan yang baik akan menjadi batu penghalangke arah pembentukan pelajar yang baik.

Jangan lakukan perbuatan yang anda tegah. Perbuatan demikian aibnya amatlah parah.

Situasi ini berlaku mungkin kerana 'ustaz' atau 'ustazah' kini mengalami masalah kekeliruan sahsiah. Walau apapun alasannya, kita haruslah sentiasa bermuhasabah diri dalam menentukan tingkat sahsiah yang harus dimiliki. Perlu diingat bahawa model ikutan terbaik semestinya peribadi agung Nabi Muhammad SAW.

Sebagai panduan muhasabah awal, sempurnakanlah tanggungjawab terhadap Allah ini;

- Sentiasa memantapkan keimanan kepada Allah disamping mengukuhkan hubungan yang berterusan dengan-Nya.
- Sifat istiqamah, iltizam, semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi amalan harian.
- Menghayati rasa khusuk, takut dan mengharap kepada Allah SWT.
- Prihatin dan sentiasa mengagungkan syiar agama Islam dan berusaha ke arah mendaulatkan syariat.
- Melaksanakan kewajipan agama, menghindari larangan-Nya dan menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya.
- Bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa kepada-Nya dengan membaca ayat-ayatAllahdan merendahkan diri ke hadrat-Nya.

Hanya niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah serta mendapat ganjaran daripada-Nya sahaja yang dapat membantu emningkatkan semangat juang guru Pendidikan Islam dalam usaha melahirkan insan-insan yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. Said bin Jubair meriwayatkan; daripada anas Ibnu Abbas bahawa beliau berkata, " Orang yang mengajar orang lain akan kebaikan, seluruh makhluk Allah termasuk ikan di laut memohon keampunan Allah untuknya."

Diterbitkan semula dari;

Risalah Raudhah Ilmu (Edisi Guru)

Siri 1/2007