AL-MUTTAQIN TV
MKKK (Majlis Kebajikan Keluarga Kedah) Mesir, telah maju setapak ke hadapan setelah menjadikan teknologi terkini sebagai platform untuk meneruskan dakwah Islam.
Pejabat Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir sebagai penaung Al-Muttaqin TV ini, merasakan perlu dengan harapan untuk mengenengahkan beberapa ramai pelapis ulama’ serta cendiakawan yang berkebolehan dalam pelbagai bidang ilmu.
Sesungguhnya kewujudan Al-Muttaqin ini diharap akan dapat memberi satu sumbangan yang bermakna kepada semua lapisan masyarakat dan diharapkan agar bahan-bahan yang disediakan akan dapat membantu menyelesaikan persoalan yang berkaitan. Pihak Al-Muttaqin juga mengharap sokongan daripada semua pihak agar ianya lebih maju serta berdaya saing.
Sumber berita : www.infomalaya.com


















