Keputusan Kabinet : SESEORANG ANAK YANG IBU ATAU BAPANYA BERTUKAR AGAMA, ANAK ITU KEKAL DALAM AGAMA ASALNYA.

Jawatankuasa kabinet yang terlibat :

1. Tan Sri Koh Su Koon

2. Dato S.Subramaniam

3. Senator Datuk Seri Sharizat Abd. Jalil.

4. Senator Datuk Jamil Khir 

Keputusan ini daripada sudut perundangan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 12 (4) yang memberi hak kepada ibubapa atau penjaga menentukan agama anak-anak mereka yang berusia bawah 18 tahun.

Ramai yang tidak bersetuju dengan keputusan ini kerana ia sekaligus meletakkan Islam setara dengan agama-agama lain. Lebih malang apabila ada khabar mengatakan bahawa keputusan ini dibuat hasil daripada aduan beberapa pertubuhan bukan Islam yang mendesak kabinet campur tangan dalam pertikaian ini berdasarkan kes-kes yang telah berlaku sebelum ini.

Kenapa Kontroversi ?

Pertama : Kabinet meutuskan bahawa seseorang anak yang ibu atau bapanya bertukar agama, anak itu kekal dalam agama asal mereka. Keputusan ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 12 (4) yang memberi hak kepada ibubapa atau penjaga menentukan agama anak-anak mereka yang berusia bawah 18 tahun.

Kedua : Keputusan seseorang bukan Islam yang menganut agama Islam, perkahwinannya tidak terbatal menurut undang-undang sivil yang didaftarkan perkahwinannya sebelum ini. Walhal dalam perundangan Islam, hubungan perkahwinan tersebut terbatal dengan sendirinya.

Ketiga : Keputusan kabinet ini bukanlah satu undang-undang kerana kabinet sebagai badan eksekutif tidak berhak membuat undang-undang. Hanya Parlimen danb Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berkuasa membuat undang-undang. Ia merupakan keputusan yang melangkaui bidang kuasa kabinet itu sendiri.

Keempat : Pengurusan agama Islam adalah di bawah bidang kuasa negeri yang diketuai oleh Raja-Raja Melayu negeri tersebut. Oleh itu, kabinet tidak berhak mencampuri hal-hal berkaitan kuasa negeri berkenaan.

Kelima : Keputusan kabinet itu juga bertentangan dengan keputusan mahkamah-mahkamah terdahulu seperti kes Subashini lawan Saravanan dan kes Shamala  yang memutuskan ibubapa berhak menentukan agama anak-anaknya yang berusia bawah 18 tahun. Oleh itu, keputusan kabinet tersebut bertentangan dengan perlembagaan, kuasa-kuasa negeri, hukum Islam dan keputusan-keputusan mahkamah terdahulu.

Kesimpulan : keputusan tersebut hanyalah bersifat pandangan dan bukan berbentuk perundangan.