14 April 2008 adalah permulaan era PEKDIS Mersing memasuki ruang siber. Pada awalnya, laman web tersebut adalah sebagai percubaan untuk menguji sambutan dan keupayaan admin sendiri untuk menguruskan laman tersebut.

Ia nampak seakan berjaya. Namun disebalik kejayaannya meraih pengunjung dan hits yang memuaskan terselit kepayahan. Web hosting tersebut kerap mengalami masalah teknikal dan paling menyedihkan ianya berlaku dalam masa yang lama. Ditambah dengan masalah talian internet di kawasan saya, maka saya mengambil keputusan meninggalkan web tersebut sebagai SEJARAH.

Rentetan dari itulah maka laman web PEKDIS Mersing kini bertukar ke portal dengan domain sendiri. Sungguhpun begitu laman lama masih dikekalkan di ruang maya kerana banyak bahan yang berada di sana tidak akan dipindahkan ke laman ini buat masa terdekat.