Assalamualaikum..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas izinNya dapatlah disiapkan versi kedua laman Pekdis Mersing ini. Mengikut objektif asal, kewujudan laman ini adalah sebagai satu medan dakwah dan juga perkongsian bahan-bahan dakwah atau apa sahaja yang berguna dalam dunia pendidikan. Atas sebab itulah laman ini mengalami perubahan kali keempat bagi memenuhi tuntutan objektif asal kewujudannya.

Penambahan yang dibuat kali ini ialah membolehkan pengunjung memuat turun fail terus dari laman ini tanpa melalui laman simpanan percuma seperti bahan dari laman klasik. Selain itu, sahabat-sahabat yang berstatus author ke atas boleh menghantar artikel dan menyisipkan (attachment) fail dalam format .doc, .pdf, .ppt , zip dan fail lain berbentuk dokumen. Insya-Allah manual penggunaan untuk sahabat berstatus author ke atas akan saya muatkan dalam menu PENGGUNA BERDAFTAR sedikit masa lagi.

Kepada pengunjung-pengunjung pula boleh terus memuat turun fail dari frontpage atau pergi ke menu MUAT TURUN untuk melihat arkib bahan yang telah dihantar oleh sahabat-sahabat. Sebarang kemusykilan bolehlah diajukan kepada saya melalui email.  ( email saya )  

Salam ukhuwah,

Wassalam...