..::DEDIKASI UNTUK ANAK BANGSA::..
Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah - Haron Din
BANGI: Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.
"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.
"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.
Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 08 Januari 2010 22:45 )
PENYELEWENGAN TAUHID DAN KALIMAH ALLAHKamus Dewan Bahasa, kamus paling autoritatif mengenai bahasa Melayu menyatakan dengan jelas bahawa perkataan ALLAH bermaksud Tuhan Yang Satu dalam Bahasa Melayu. Manakala The Hutchinson Encyclopedia hlm 27 menjelaskan perkataan ALLAH ditafsirkan sebagai, “ALLAH: Islamic name for God”. Penjelasan yang sama boleh didapati jika kita merujuk kepada Encycopedia Brittanica, Wikipedia dan lain-lain sumber. Kesimpulannya, jelas bagi kita bahawa nama ALLAH dikaitkan dengan Tuhan Yang Satu, Tuhan umat Islam. Ia nyata amat berbeza dengan maksud ‘Eli atau Yehowah’ dalam konsep ketuhanan Kristian dan Yahudi. Dari sudut bahasa apa sekalipun, kalimah ALLAH adalah kata nama khas. Ia merujuk kepada Tuhan Sebenar yang diseru oleh Nabi kita Muhammad SAW untuk beriman denganNya. Tanpa menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu pun. Ajaran ini selaras dengan seruan para Rasul terdahulu. Pendek kata, semua Para Anbiya AS menyeru kepada akidah mentauhidkan Allah SWT. Iaitu mengesakan Allah pada Dzat, Sifat, Af”al dan Asma’nya. Oleh kerana prinsip ini dibawa Nabi kita Muhammad SAW, maka kalimah ini menggambarkan intipati Ketuhanan yang jelas secara eksklusif milik Islam itu sendiri. Ia bukan milik sesiapa pun, samada Muslim atau kafir, baik manusia atau mana-mana makhluk di alam ini. Hakikat ini dijelaskan sendiri oleh Allah SWT di dalam Al-Qur’an bermaksud : “Katakan Muhammad bahawa ALLAH itu Esa, Ia tempat tumpuan segalaNya (berdiri sendiri, tidak bergantung dengan sesiapa). Dia tidak beranak. Dan tidak pula diperanakkan. Dan ALLAH itu tidak sekufu/setara/serupa dengan segala sesuatu” (Al Ikhlas: 1-4). Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 08 Januari 2010 22:40 ) Beza Antara Rebut Nama Allah Dan Mempertahankan AkidahBanyak pihak mendesak saya memberikan pandangan tentang penggunaan nama Allah oleh agama lain khususnya agama Kristian di Malaysia ini. Pada awalnya, saya selalu mengelak, cuma memberikan pandangan ringkas dengan berkata, "Isu ini bukan isu nas Islam, ianya lebih bersifat pentadbiran atau tempatan." Peraturan ini mungkin atas alasan-alasan setempat seperti kenapa sekarang baru ditimbulkan isu ini? Kenapa hanya Bible dalam bahasa Melayu sahaja yang hendak menggunakan panggilan Allah, tidak pula edisi Inggerisnya? Adakah di sana ada agenda tersembunyi? Maka wujudnya tanda soal dan beberapa prasangka yang mungkin ada asasnya. Maka lahirlah kebimbangan terhadap kesan yang bakal timbul dari isu itu nanti. Namun, akhir-akhir ini saya terus didesak. Saya kata, jika anda hendak tahu pendirian Islam bukanlah dengan falsafah-falsafah tentang akar bahasa itu dan ini yang diutamakan. Rujuk terdahulu apa kata al-Quran dan al-Sunnah. Lepas itu kita bincang hukum berkenaan bertitik tolak dari kedua sumber tersebut. Kadang-kala kesilapan kita dalam mempertahankan perkara yang tidak begitu penting, boleh melupakan kita kepada isu yang lebih penting. Isu yang terpenting bagi saya adalah kefahaman mengenai keadilan dan kerahmatan Islam yang mesti sampai kepada setiap rakyat negara ini, muslim atau bukan muslim. Supaya gambaran negatif yang salah terhadap Islam dapat dikikis dari minda mereka yang keliru. Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 08 Januari 2010 22:09 ) Nama ALLAH dalam THE HERALD:Keputusan Hakim Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang mengisytiharkan nama "Allah" boleh digunakan oleh agama lain mengundang pelbagai polemik sehingga kepada desakan campurtangan Majlis Raja-Raja. Beberapa NGO termasuk tokoh Pemuda UMNO cuba menjadi hero dengan mengecam hebat keputusan tersebut sehingga menyindir parti-parti politik berasaskan agama yang mengambil langkah berdiam diri ketika ini. Isu ini sebenarnya harus dilihat secara rasional, tanpa prejudis dan paling utama berdasarkan hujah dan dalil yang sahih serta Qath'ie. Keputusan Mahkamah tersebut harus dinilai berdasarkan persoalan berikut:
Kedua: Sekiranya ia merujuk hanya kepada Allah hanya Tuhan bagi agama mereka di samping kewujudan konsep "Trinity" di dalam THE HERALD dan ia disebar luaskan, maka ia telah termasuk dalam kesalahan penghinaan agama lain di mana Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Perkara 11(4) yang memberikan kuasa kepada negeri-negeri untuk menggubal undang-undang berkaitan penyebaran dakyah agama lain. Dua persoalan ini sudah cukup untuk membuat analisa ringkas tentang keputusan Mahkamah tersebut. Pada hemat saya, umat Islam negara ini perlu dipandu secara jujur dan ikhlas bahawa selagi Allah tidak dihina dan Islam dipijak, maka ruang lingkup perbahasan ilmiah perlu dibuka. Bagi aktivis yang bermatian-matian "memperjuangkan" isu ini di dalam peti televisyen, saya menjemput anda semua melihat beberapa tragedi-tragedi Islam diputuskan di Mahkamah negara ini. Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 08 Januari 2010 21:51 ) Penggunaan Kalimah AllahMerujuk kepada rentetan pelbagai kontroversi berterusan yang masih wujud berhubung penggunaan kalimah "Allah" oleh Kami berpendirian bahawa, keinginan rakyat bukan Islam menggunakan kalimah "Allah" sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang sangat positif dan perlu diterima secara terbuka dan berlapang dada. Umat Islam di Malaysia tidak perlu menjadi gelisah dan "over react" dengan pelbagai andaian dan kemungkinan dengan fenomena yang dikata baharu ini. Sesungguhnya, kami melihat bahawa fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani sejak dari azali lagi bahawa kesemua manusia memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmanya yang bermaksud: "Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah..." (Al Quran, Az-Zumar (39):38). Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 08 Januari 2010 21:48 ) KALIMAH ALLAH : BUKAN BERMAKNA ‘GOD’ SEMATA-MATAUmum mengetahui, sensitiviti umat Islam amat tersentuh apabila kalimah Allah seakan dipermainkan. Kalimah Allah yang termaktub berulang kali di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah itu sesuatu yang tidak pernah dipertikaikan oleh umat Islam. Ia digelar sebagai ism al-zat iaitu kata nama yang melambangkan secara langsung zat Allah SWT yang Maha Agung. Ibn Qayyim al-Jauziyyah mengatakan bahawa nama Allah itu bersifat menyeluruh. Oleh itu dengan nama tersebut disandarkan seluruh nama-nama-Nya (al-Asma’ al-Husna) yang lain. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-A‘raf ayat 180:“Dan bagi Allah, nama-nama yang Maha Baik”. Bagaimanapun, tidak dinafikan sesetengah agama juga mendakwa kalimah Allah sebagai panggilan kepada nama tuhan mereka. Hal ini bukanlah sesuatu yang baru dan mengejutkan di dalam agama Islam. Malah al-Qur’an sendiri pernah merakamkan konflik ini sebagai iktibar dan pengajaran buat umat Islam dan bukan Islam. Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 08 Januari 2010 21:36 ) Tahun baru harus jadi pemangkin mindaSumber : Berita Harian
Oleh Zainul Rijal Abu bakarMINGGU ini adalah minggu terakhir sebelum 2009 melabuhkan tirainya. Tahun 2010 pula sedang mengintai dengan penuh harapan dan dugaan. Umat Islam pula masih baru menyambut Maal Hijrah yang menandakan permulaan tahun 1431 Hijrah. Azam dan iltizam memenuhi gerak hati kebanyakan insan yang berikrar memperbaiki diri. Kemunculan tahun baru ini seharusnya menjadi pemangkin minda kita memikirkan apakah yang berlaku sepanjang tahun dan bagaimanakah pula kita akan menghadapi tahun baru nanti. Segala suka dan duka yang berlaku hendaklah dijadikan teladan dan sempadan kepada kita. Tiadalah gunanya tahun berlalu tanpa apa-apa manfaat yang kita peroleh. Tiadalah manfaatnya tahun berlalu tanpa kita perbaiki untuk masa-masa akan datang. Apa yang berlaku tercatat sebagai sejarah. Tiada siapa yang dapat mengubahnya dan sejarah itu pasti berulang. Itulah lumrah alam. Oleh hal yang demikian kita tidak dapat lari daripada memikirkan apa yang telah berlaku kepada kita. Terakhir dikemaskini ( Isnin, 28 Disember 2009 07:11 ) Tidur Dalam IslamSumber : http://erwanned.blogspot.com Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 25 Disember 2009 15:25 ) |



















