..::DEDIKASI UNTUK ANAK BANGSA::..

SMS maki ayah, ibu

KUALA LUMPUR: Hanya kerana dinasihat meninggalkan tabiat buruk dan kembali ke jalan Allah swt, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang gemar meneguk arak dan ponteng sekolah tergamak menghantar `SMS derhaka’ memaki-hamun ibu bapanya sendiri. Pelajar terbabit sanggup menghantar SMS memaki-hamun ibu bapanya tanpa mempedulikan dosa besar bakal ditanggungnya.


Menceritakan insiden itu, Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ahmadi Baharudin, berkata dia menerima panggilan daripada seorang wanita meminta nasihat terhadap perilaku biadab anaknya.

“Saya bertanya lebih lanjut kepada wanita berkenaan dan dia menceritakan sikap buruk anak sulungnya itu,” katanya.
Katanya, anak wanita itu yang menjadikan penyanyi Barat sebagai idola suka bercampur dengan rakan sebaya yang liar, tidak suka ke sekolah selain terbabit dengan pelbagai aktiviti tidak sihat.

“Ibu remaja itu yang berusia lewat 30-an tergamam apabila membaca enam SMS berangkai dihantar anaknya bermula jam 9 malam hingga 10 malam, Ahad lalu. “Saya kemudian ditunjukkan SMS terbabit dan terkejut kerana ia mengandungi ayat menghina dan memaki-hamun ibu bapanya,” katanya. Menurutnya, SMS sama yang turut dihantar kepada suami wanita itu jelas menggambarkan betapa rendah moral remaja terbabit.

Baca Lagi...

 

Laman Klasik PEKDIS Mersing

14 April 2008 adalah permulaan era PEKDIS Mersing memasuki ruang siber. Pada awalnya, laman web tersebut adalah sebagai percubaan untuk menguji sambutan dan keupayaan admin sendiri untuk menguruskan laman tersebut.

Ia nampak seakan berjaya. Namun disebalik kejayaannya meraih pengunjung dan hits yang memuaskan terselit kepayahan. Web hosting tersebut kerap mengalami masalah teknikal dan paling menyedihkan ianya berlaku dalam masa yang lama. Ditambah dengan masalah talian internet di kawasan saya, maka saya mengambil keputusan meninggalkan web tersebut sebagai SEJARAH.

Rentetan dari itulah maka laman web PEKDIS Mersing kini bertukar ke portal dengan domain sendiri. Sungguhpun begitu laman lama masih dikekalkan di ruang maya kerana banyak bahan yang berada di sana tidak akan dipindahkan ke laman ini buat masa terdekat.
 

Lima Perkara Aneh

"Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku  diperintahkan memakan perkara pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar sebuku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Baca Lagi...

 

Sebiji limau

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
 

Kerana lidah............

Kita mungkin pernah mendengar ungkapan-ungkapan seperti 'lidah tidak bertulang' atau lidah itu lebih tajam daripada pedang. Daripada ungkapan-ungkapan itu nyatalah tugas lidah atau tutur kata amat besar dalam hidup manusia. Kesan terlanjur cakap tidak kurang yang tergadai maruah dan kerana mulut atau tutur kata juga menjadikan badan binasa.

Jika kita merenung tentang kejadian alam ciptaan Allah s.w.t nyatalah terdapat pelbagai keanehan dan perkara-perkara pelik yang dapat kita saksikan yang mana itu semua sebagai tanda tentang keagungan dan keesaaan Allah s.w.t.

Di antara keanehan keanehan itulah kita temui lidah. Ia adalah daging berbentuk kecil dan lembut yang terlindung di dalam mulut. Lidah juga termasuk daripada anugerah Allah Yang Maha Besar yang amat mustahak sebagai penghubung antara satu sama lain, menerusi percakapan mahu pun untuk mencapai keredaan Tuhan.

Lidah jugalah yang boleh menyebabkan manusia itu terjerumus ke dalam api neraka.

Terakhir dikemaskini ( Ahad, 23 November 2008 07:22 )

Baca Lagi...

 

Apa yang paling dekat?

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya...

"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Baca Lagi...

 

<< Mula < Sblm 21 22 23 24 25 26 27 28 29 Seterusnya > Tamat >>

Muka 29 daripada 29

Log Masuk



Buku Pelawat

 

Kami amat berbesar hati
jika anda dapat meninggalkan
sedikit kata-kata di dalam
Buku Pelawat kami.
..:: TERIMA KASIH ::..

Pesanan Anda
Prihatin  salam, saya orang baru.Tq dpt mendownload bahan dr sini. 
[5/9 
8:24]  

rosdi  to ummuauni : Bahan muat turun banyak yang telah dibuang dari laman web asal. Maaf kerana tidak dapat kemaskini koleksi muat turun. 
[4/1 
10:20]  

ummuauni  x boleh nak download nape ye? 
[4/1 
10:06]  

ummuauni  تولوغ ساي 
[4/1 
10:04]  

ummuauni  السلام عليكم 
[4/1 
10:03]  

ummuauni  mcm mana nak download buku pnduan thun3? 
[4/1 
10:02]  

ummuauni  mcm mana nak download buku panduan j-qaf thun 3 
[4/1 
10:00]  

ummuauni  salam 
[4/1 
10:00]  

ummuauni  salam 
[4/1 
9:59]  

captbokkhari  //resepirahsiaku.blogspot.com 
[1/7 
7:36]  

captbokkhari  salam, 
[1/7 
7:35]  

captbokkhari  salam, 
[1/7 
7:34]  

captbokkhari  salam, 
[1/7 
7:34]  

rosdi  Assalamualaikum.. Selamat Ulang Tahun Pertama www.pekdismersing.com. Mudah-mudahan laman ini akan terus hidup untuk menyemarakkan usaha dakwah melalui dunia maya. Tahniah dari saya http://intanbercahaya.blogspot.com 
[11/9 
7:11]  

Ust. Roslan  e-Ustaz SM Sultan Iskandar, Mersing di http://roslan2u.blogspot.com 
[10/23 
10:39]  

Ust. Roslan  e-Ustaz 
[10/23 
10:38]  

Ust. Roslan  Salam, sila ziarah ke laman blog e-Ustaz, SM Sains Sultan Iskandar, Mersing. Terima Kasih. 
[10/23 
10:37]  

puspa  salam 
[10/8 
13:08]  

rosdi  Temui saya dalam blog http://intanbercahaya.blogspot.com 
[10/8 
10:38]  

wannadzri  gambarnya lain. 
[9/12 
18:49]  

Kelajuan: ( 2 )   -  +    R  

Maaf, hanya untuk Pengguna Berdaftar sahaja.

Pintasan











Bicara Agama
  • IRM sinari Syawal orang kampung
    KEDATANGAN Aidilfitri memang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Allah SWT menganugerahkan Aidilfitri untuk menunaikan fitrah manusia yang berkeinginan kepada kegembiraan apabila menyambut sesuatu kejayaan.
  • Berfikir daripada apa kita dicipta
    SYED Qutub berkata, setelah menyentuh hakikat yang menghubungkan jiwa manusia dengan alam, maka Allah menyentuh pula hakikat perencanaan dan pentadbirannya iaitu hakikat yang dimuliakan dengan sumpah demi langit dan bintang yang muncul di waktu malam.
  • Kematian Saidina Hamzah
    KETIKA peperangan begitu sengit di antara tentera Muslimin dengan tentera Quraisy, semangat tentera-tentera Muslimin semakin memuncak sehingga mereka terus menerkam ke arah tentera Quraisy bagaikan ombak melanda pantai sambil melaungkan amit, amit iaitu “matilah! Matilah!”
  • Hiasi raya dengan takbir
    MALAM ini rakyat Malaysia yang beragama Islam akan mula melaungkan takbir hari raya, sekali gus menandakan Aidilfitri bakal tiba esok.
  • Abd. Elrahman seronok bertakbir
    PENGALAMAN lima tahun berada di Malaysia sebagai imam jemputan solat terawih serta mengajar di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Terengganu, imam Terawih jemputan di Masjid Negara, Sheikh Abd. Elrahman Eldesouky Taha Radwan mengakui sedikit sebanyak menyelamatkannya daripada dilanda perasaan gemuruh apabila terlibat dalam program Rakaman Takbir Raya oleh Bahagian Media Jakim, pada 25 Ogos lalu.
Statistik Portal
Members : 199
Kandungan : 238
Pautan Web : 33
Hit paparan Kandungan : 78071
Online
Kami ada 12 tetamu online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini18
mod_vvisit_counterSemalam198
mod_vvisit_counterMinggu Ini859
mod_vvisit_counterBulan Ini2587
mod_vvisit_counterJumlah54992